
PEMASARAN PRODUK ONLINE
KIJB COOP dengan kerjasama usahawan dibawah koperasi telah membina satu platform pemasaran produk dan perkhidmatan untuk usahawan produk / perkhidmatan tempatan.
Dengan itu KIJB COOP mempelawa Ahli KIJB dan Rakan Usahawan untuk bersama menggunakan platform ini bagi menjadikannya salah satu senjata pemasaran secara Online.
Sasaran pelanggan dan penggunaannya ke seluruh Malaysia.
Kini ia boleh di Muat turun secara Percuma melalui Google Play Store.

100% VENDOR MARKET
KIJB COOP juga dengan kerjasama Usahawan dibawah koperasi mewujudkan satu platform jualan produk IKS dengan bentuk KIOSK dan MINI MARKET.
Keutamaan kepada Ahli KIJB sendiri dan kemudiannya baru dibuka kepada rakan-rakan usahawan diluar sana.
Konsep dibawah satu bumbung ini bertujuan menyatukan produk tempatan supaya dapat dipasarkan di pasaraya pasaraya besar seperti Aeon, Tesco, Giant dan lain2 lagi yang dirasakan sesuai bagi sasaran pemasaran dan jualan produk tempatan.

ENTERPEUNER CENTRE POINT
KIJB COOP menyediakan ruang premis untuk disewa bagi usahawan yang memerlukan premis perniagaan dibawah Pusat Pembangunan Usahawan E.C.P.
Ianya juga terbuka kepada Ahli KIJB bagi membantu Ahli menggunakan platform pertama sebelum bersedia ke platform seterusnya.
Premis ini akan dibuka dikawasan yang sesuai bagi memberi impak kepada peniagaan tersebut.
Untuk yang bukan ahli juga boleh memohon, Boleh terus ke pejabat KIJB untuk pertanyaan.
